Taklimat SHIELD - Pengantunan Siber
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2025 (Khamis), telah diadakan satu taklimat yang bertajuk Taklimat SHIELD - Pengantunan Siber yang bermula pada jam 4:00 petang sehingga jam 5:00 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Dua orang peserta telah menyertai taklimat tersebut yang terbuka kepada peserta berumur 13 tahun keatas.
Pengantunan Siber merujuk kepada perbuatan mendekati, memanipulasi atau memperdaya seseorang terutamanya kanak-kanak melalui internet dengan niat untuk melakukan penderaan seksual, eksploitasi atau jenayah lain. Taklimat ini mengajar peserta untuk berwaspada terhadap individu yang tidak dikenali di dalam internet. Selain itu juga, taklimat ini turut mengajar para peserta cara untuk melindungi diri daripada penyantun siber.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: